Tuesday, September 16, 2014

Akibat Kurang Kalsium Ketika HAMIL

Kurang Kalsium Ketika HAMIL???? Bahaya ke????

Yes, macam yang korang baca. Entry kali ni saya nak citer ape KEBURUKAN atau KESAN jika kita sebagai IBU HAMIL YANG KURANG KALSIUM.

Untuk entry lepas saya dah citer vitamin yang perlu untuk ibu hamil kan? Klik SET IBU HAMIL untuk baca. So, entry saya nak lebih spesifik kepada ibu hamil yang kurang kalsium.. Terutamanya yang satu geng dengan saya < tak suka susu..hikhik >

ok, bagi yang tak kenal saya.. Saya memang seorang yang tak sukeeeeeeeee sangat susu. Tambah tambah susu tepung.. bole buat muntah ok kalo bau.. Dari kecik lagi memang saya tak minum susu tepung, asik minum susu cair je..hehe ( tapi masa baby tak ingat lak ade minum ke tak )

Ingat lagi, masa kecik dulu saya pernah muntah kat supermarket gara gara makan YOGURT! tak leh blah kan? tapi itulah saya, Huda anak pakcik Deris. hihi.

okla, straight to the point. kalo nak saya citer pengalaman saya dengan susu ni mmg panjang entrynye.. hihi

Awal taun 2012, bila saya disahkan mengandung je memang saya tekad nak jugak minum susu walaupun tak tahan bau die.. 1st time minum, memang nak muntah tapi saya tahan. Ingat lagi, masa tu saya minum susu ENFA MAMA perisa coklat. Hari hari seterusnya berlalu, saya makin culas untuk minum susu. Sebab tak suka dan tak tahan bau.. ubat klinik memang tak tinggal, cuma susu je payah nak minum.. tapi ubat klinik kan tak termasuk dengan kalsium.

Sepanjang kehamilan sampaila Haziq keluar, saya amik mudah dengan pemngambilan kalsium saya. Dan akhirnya, Haziq terima padah.. Memang rasa bersalah teramat sangat. Dan sehingga sekarang, saya rasa bersalah bila tengok gigi Haziq yang semakin teruk.

Sejak itu, saya memang tak tinggal untuk memenuhi kalsium dalam diet harian saya.. Tapi bukan minum susu yang "high kalsium" tau.. tapi saya amalkan KALSIUM aka OSTEMATRIX Shaklee, 4 biji setiap hari sebelum tido..

Camne lak Haziq nak dapat kalsium ni jugak sedangkan Haziq da lahir? kan kan? ok, untuk pengetahuan, saya memang fully breastfeed so kebaikan kalsium tu dapat juga diserap oleh Haziq semasa menyusu.

masa ni gigi Haziq elok lagi tapi kaler giginye berbeza dengan baby yang lain. Masa tu kitorang dah rasa tak sedap hati.

Haziq dengan senyuman comelnye ketika gigi masih lawa.

masa ni dah nampak skit gigi Haziq yang rosak.

gigi Haziq paling latest. G jupe doktor pun da tak boleh buat apa. Hanya teruskan gosok gigi untuk jaga kebersihan giginya supaya tak jadi lebih teruk..

Tapi saya tetap bersyukur, nasib baik juga jupe OSTEMATRIX Shaklee lebih awal.. Gigi Haziq dibahagian tepi atas dan bawah tidak mengalami masalah kurang kalsium.. ( ayat nak sedapkan hati pun ade jugak ni..hukhuk )

Walau ape pun yang terjadi, Haziq tetap PUTERA dan anugerah Allah yang terindah buat saya. Semoga Haziq menjadi anak yang soleh dan seoarang Al-Hafiz.. InshaAllah.

So, kepada IBU HAMIL yang tak suka minum susu bolelah cuba macam saya.. Amalkan untuk makan OSTEMATRIX aka KALSIUM dari Shaklee.. Jangan menyesal di kemudian hari macam saya.. Sayangi kandungan anda..

Jika ingin dapatkan konsultasi berkaitan kehamilan / produk Shaklee. Hubungi saya :
Huda Idris  ( 887098 )
sms/whatsapp : 0176863606
Email : hudaidris8385@gmail.com




No comments:

Post a Comment