Saturday, September 27, 2014

Resdung atau Sinus?

SAMA atau BERBEZA antara RESDUNG dan SINUS?

Orang kite ni jarang cakap ' Ko sakit sinus ke? ' macam pelik lak dengar kan? Selalunye mesti orang tanye, ' Ko resdung ke? '.... Tul x? Tapi sama ke tak resdung dan sinus ni? Ha, meh baca ape yang saya dapat dari blog Dr. Ahmad Nordin..


  • Sinus mengikut definisi ialah satu rongga atau ruang seperti sinus vena atau sinus hidung. Sinus hidung (paranasal sinus) pula diterjemahkan kepada rongga udara yang diselaputi mukosa di dalam tulang tengkorak dan  mempunyai hubungan dengan rongga hidung, termasuk sinus ethmoid, frontal, maksilari dan sphenoid. Dengan ini, adalah tidak tepat sekiranya seseorang itu berkata “Saya menghidapi sinus” kerana mereka hanya merujuk kepada struktur normal anatomi yang ada pada setiap orang! Seperti dinyatakan- kebanyakan doktor akan menjawab di dalam hati “Ya, semua orang mempunyai sinus” kerana kesemua orang yang normal akan mempunyai sinus di hidung mereka.
  • Resdung pula adalah istilah Melayu yang biasa digunakan, dijelaskan oleh Kamus Dewan sebagai penyakit hidung yang disebabkan oleh radang pada selaput sinus. Ini tidak salah dari segi terjemahan, tetapi dari istilah perubatan, ianya kurang spesifik. Kebanyakan penyakit hidung akan dirangkumi oleh istilah tersebut.

Sebenarnya, yang selalu kita sebut resdung tu lebih kenali sebagai  ‘Allergic rhinitis’ (rhinitis alahan) dalam nama saintifiknye. Dikenali dari gejala sumbat hidung, hingus yang jernih (‘rhinorrhea’), bersin dan gatal hidung dan kadangkala mata. Penyakit ini kadangkala dicetus oleh debu, makanan atau perubahan cuaca. Sejarah keluarga juga menunjukkan wujudnya penyakit yang sama atau penyakit asma atau ‘eczema’. Penyakit ini biasanya disahkan melalui pemeriksaan klinikal, tanpa perlu menjalani ujian darah, sinar X atau imbasan.


Doktor ENT akan menjalankan pemeriksaan endoskopi untuk memastikan tiada ketumbuhan di dalam hidung. Doktor biasa yang tidak biasa dengan rupa bentuk struktur normal hidung boleh membuat diagnosis yang salah dan menyebabkan kerisauan yang tidak sepatutnya berlaku pada individu yang normal. Pesakit ‘allergic rhinitis’ biasanya mempunyai ‘turbinate’ yang besar, yang pada orang biasa, salah satu fungsinya ialah untuk melembapkan rongga hidung. Rawatan ialah ubat antihistamin bagi kes yang ringan dan ubat semburan hidung jenis steroid bagi kes yang teruk.
                    credit info : http://www.mmgazette.com/sinus-atau-resdung-dr-ahmad-nordin/

Kebiasaanya bila jupe dengan doktor, memang doktor akan memberikan ubat antihistamin. Shaklee juga ada menyediakan Set Resdung untuk mengatasi masalah anda yang mana set ni mengandungi Alfalfa Complex, Vitamin C dan B Complex.. Dan lagi mantop jika ditambah dengan ESP yg super hot tuuu.

Nak order? klik di SINI

Fungsi :

ALFALFA COMPLEX

- Mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit itu sendiri
- Ia kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutama akibat dari ekzema, resdung, alergik dan gegata.
* Pesakit SLE tidak digalakkan ambil Alfalfa..

B COMPLEX

- B6 penting untuk pemuliharaan selaput lendir yang sihat dan membantu pengeluaran antibodi badan
- Membantu dalam pembinaan protein dalam tubuh
- Membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel-sel mati
- Memelihara sistem saraf dan berfungsi sebagai anti-stress

VITAMIN C

- Bertindak sebagai anti-histamin tanpa perlu kita mengalami kesan sampingan dari pengambilan
  drugs anti histamin
- Menstabilkan pengeluaran histamin dalam tubuh
- Membantu mencegah penyempitan tiub bronkiol
- Meningkatkan fungsi T-Cell dan Macrophage (Fungsi sistem pertahanan badan, sel darah putih)
- Meningkatkan pertumbuhan tisu.



Huda Idris ( 887098 )
sms/whatsapp : 0176863606

GUSI BERDARAH - MULUT BERBAU!

Mulut berbau? Kalo kita bercakap dengan orang yang ada masalah mulut berbau ni, mesti tak syokkan?? Sebab die memberi kita udara yang kurang nyaman.. hihi...
   
    ** bukan tuju kat orang lain tapi diri sendiri.. sebab saya yang alami masalah ni.. hehe..                                                                 tapi itu duluuuuuuuu la. Sekarang saya dah ok! Alhamdulillah.

Ye, saya mengaku yang saya memang mempunyai masalah ni sejak skola lagi.. Bila gosok gigi je, mesti berdarah.. sampai saya kat U pun masalah ni tak selesai. Dan masa kat U, masalah gusi berdarah menjadi makin teruk sehingga ia bole tetibe je berdarah. Tengah relax2, tetibe rasa tak sedap kat mulut.. Bila tengok je, nampak darah da mengalir.. Ish2, terukkan masalah gusi berdarah saya ni.. Dan ia adalah penyumbang utama kepada masalah mulut berbau saya. Sampai adik beradik sume tegur dan paling malu bila pakwe( skang da jadi hasben I la..hihi ) pun penah tegur pasal mulutku yang berbau ni.. Masa kene tegur tu, memang malu giler ar tapi tetap control cun.. hikhik

Apa yang saya buat? Jupe doktor dah, scalling ( bersihkan gigi dari segala karang2 yang ada..hehe ) dah, beli ubat gigi yang untuk gusi sensitif pun dah, beli berus gigi lembut dah, beli oral b pun dah.. Saya ni jenis suka buat scalling sebab lepas scalling gusi xdela berdarah... Tapi tak lama lepas tu, jadi balik. Senang citer sume benda la saya dah buat. Banyak betul perkataan dah. Nak tunjuk betapa banyak saya da buat kan? hikhik..Tapi tetap jugak macam tuuuu.. Gusi tetap berdarah! hukhuk

Kengkawan, yang kat atas tadi.. tu sume citer duluuuuuu tau. Tapi sejak awal tahun 2013 baru saya perasan yang setiap kali gosok gigi, buih ubat gigi tu takde lagi bercampur dengan darah.. Putih bersih gitu.. Puas jugak dok pikir, ape benda yang saya dah buat dan makan sampai MASALAH GUSI BERDARAH SAYA DAH BAIK??

Puas ku pikir pikir, baru teringat yang saya tengah makan Vitamin C. Sebab saya penah baca, masalah gusi berdarah juga bole disebabkan oleh KEKURANGAN VITAMIN C.. Yang dinamakan sebagai SKURVI. Nak tau camne leh terjadi skurvi ni? Disebabkan kurang Vitamin C dalam diet harian dalam jangka masa yang lama seperti kurang makan sayur dan buah buahan.. Memang pun. Sebab masa kecik saya memang tak makan sayur langsung. Tak sukee!! hikhik.  Sebab tu bila lama lama, gusi akan bengkak, kemerahan dan berlakula pendarahan.

Skang terlalu banyak Vitamin C kat pasaran. Tapi PILIHAN HATI saya adalah Vitamin C Sustain Release dari Shaklee? Kenapa? Sebab Vitamin C Shaklee ni terlalu banyak KELEBIHANnya, diantaranya ialah :

  • Sustained (or, Time) Release ialah satu proses di mana vitamin diformulasi khas agar ia dilepaskan mengikut paten istimewa yang menjamin penyerapan vitamin di antara 3 ke 6 jam. Dengan bahasa ringkasnya, dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam aliran darah badan mengikut masa tertentu.. Jadi, takdelah berlaku pembaziran terhadap Vitamin C yang kita makan tu.

** Nak tau KEISTIMEWAAN VITAMIN C SUSTAIN RELEASED yang lain? Sila klik SINI.
Lagi satu yang saya perasan bila makan Vitamin C ni ialah saya takde lagi ALAHAN. Alahan ape??? Ha, tu saya citer kat entry lain yek..

Ehem ehem, dah teruja dengan pengalaman saya? Bagi kawan2 yang ade masalah sama seperti saya dahulu, baik korang rawat cepat sebelum jadi lebih teruk! Takut nanti dah takleh nak buatpe.. Nyesal tak guna dah..



Huda Idris ( 887098 )
sms/whatsapp : 0176863606

Bagus sangat ke Vitamin C Shaklee?


Penting sangat ke Vitamin C Shaklee ni?
Kalo tak penting, takkan la ade yang sanggup behabis ribuan ringgit semata mata nak dapatkan suntikan Vitamin C semata mata untuk cantik kan? Aha, KULIT CANTIK tu salah satu kebaikan yang kite dapat bila mengamalkan Vitamin C secara konsisten.

Vitamin C pun bole kurangkan stress tau!



Punca Vitamin C yang ada dalam makanan.





Vitamin C pebret saya


Kenapa Sustained Release Vitamin C Shaklee menjadi kesukaan, kegilaan saya dan jugak ramai orang kat luar sana. Jom baca skit keistimewaan Vitamin C Shaklee ni.

  • Sustained Release ( pelepasan masa ) ialah satu proses di mana vitamin diformulasi khas agar ia dilepaskan mengikut paten istimewa yang menjamin penyerapan vitamin di antara 3 ke 6 jam. Dengan bahasa ringkasnya, dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam aliran darah badan mengikut masa tertentu
  • Vitamin larut air (B-Complex dan Vitamin C) adalah seperti namanya, mudah larut di dalam air (sebab tu kita dinasihatkan untuk minum air dengan kadar yang cukup. 2l ke 3l sehari ), dan, ianya tidak boleh disimpan di dalam badan.
** Maka, tanpa sifat Time Release ini, vitamin larut air ini akan terus diserap ke dalam aliran darah dengan CEPAT, tanpa mengira berpa besar dos vitamin tersebut, dan akan dilepaskan ke dalam urin (air kencing) dalam masa 2-3 jam sahaja.

  • Sustained Release boleh menawarkan kesan vitamin yang optimum, meminimumkan kehilangan vitamin dalam proses penguraian (perkumuhan), serta menstabilkan paras darah waktu siang dan malam.

Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan untuk periksa label di botol vitamin pilihan anda kerana kebanyakan time-release vitamins hanya boleh bertahan di dalam masa 2 jam atau kurang. Maka, hampir TIADA BEZA sangat berbanding dengan tablet biasa yang pastinya jauh lebih murah berbanding vitamin yang bersifat sustained release.


Apa pulak FUNGSI VITAMIN C kepada kita?

  • Berkesan mencerahkan kulit wajah dan badan secara sekata, licin, gebu, berseri
  • Mengekalkan kelembapan kulit, menghilangkan bintik2 hitam, memudarkan jeragat dan lingkaran gelap di bawah mata
  • Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi yang sihat dan gigi.
  • Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran
  • Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti.
  • Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis.
  • Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon anti-stress.
  • Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi.
  • Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang.
  • Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.
  • Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas.
  • Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih –> berguna dalam rawatan anemia. Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah.
  • Merawat jangkitan saluran kencing.
  • Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain.


Nak order? Hanya klik di SINI

Oppps, lupe lak..kalo orang dewasa yang tak bole nak telan Vitamin C ni. Bolela dapatkan Vitamin c Chewable.. Dah nama pun 'chewable' kan. So, kunyah2 jela.. Rasa die masam masam gitu.. Sedappppp.. Kalo nak bagi kat anak anak yang berumur 4 tahun ke atas pun bole tau! Fungsinye sama je.. Cuma Vitamin C Chewable ni bukanla sustained release.. 

Nak order? hanya klik di SINI




Huda Idris ( 887098 )
sms/whatsapp : 0176863606




Friday, September 26, 2014

Anugerah Terindah : Anak Kurniaan Illahi


Muhammad Haziq ~ Anugerah Terindah buat ibu. Terima Kasih sayang sebab hadir dalam hidup Ibu.


Ramai orang yang diuji dengan dugaan tidak mempunyai anak. Dan saya bersyukur, saya bukan salah seorang hamba yang diuji dengan ujian ni.. Walau pun saya tak diuji berkaitan anak, sebagai Hamba Allah kita tetap ada dugaan dan ujian masing2..

Saya ingat lagi, camne perasaan eksaitednye bila tau peod da lambat.. Ingat lagi, masa tu Jan 2012.. memang saya pelik sebab saya ni tak penah peod lambat.. memang on time sokmo.. Masa sedar yang peod ni da lambatttttt sangat, memang tak sabo sabo nak pegi beli alat ujian kehamilan tu 'Urine Pregnancy Test'..

Bila da beli, tak sabo nak test lak.. Aduiii, lawak2.. Bila malam tu, memang tido tak lena.. keja kejap jaga, kejap kejap jaga.. At last, dah xsabo sangat, tejaga pukul 5 terus tak tido da.. terus bangun g amik UPT test tu, masuk bilik air.. hikhik. masa tunggu result die, memang debo giler.. Tapiiiiiii, bila nampak je dabel line terus melompat.. Cepat cepat kuar bilik air, terus kejut hasben dan gitau saya pregnant.. Tapi orang laki kan, kalo dah tidoooooo.. hurm. Bila dengar je, hasben ucap Alhamdulillah je. tak eksaited macam saya.. Pagi besok nak pegi keje baru die tesenyum ssenyum sebab hepi! hehhhh. hilang mood I tau.. hihi

Okla, cukupla saya flash back saat saat saya disahkan hamil..

Haziq berumur SEHARI dengan berat 2.42kg


Kurus sangat sampai kulit pun tak cukup isi.. Sian anak ibu ni.

Si kenit yang tak suka dibedung langsung!


Saya duduk dalam car seat sebab ibu dan ayah tak sabo nak try.. :0
Sebab kecik sangat, terpaksa pakai baju bersilang dan sluar sampai ke dada.. hehe

Ni Firas, sepupunye.. Beza sebulan je.. sampai skang jadi BEST BUDDIES

Haziq ni memang lambat nak meniarap. Dah 7 bulan baru nak belajo meniarap. Kalo tak, asik nangis je bila kami letakkan die secara menirap.. Ish2.. Tapiiiiii, bila masuk 8 bulan, Haziq menyusur, merangkak, berdiri dalam jangka masa yang singkat.. Cecah je 9 bulan, Haziq da pandai berjalan walaupun jalannya tidaklah sekukuh mana.

Masa ni baru 11 bulan, da tunjuk taring die.. hihi

Tabur bedak lepas tu sapu habis kat lantai.. Sampai da 2 taun lebih ni pun, BEDAK adalah pebret Haziq

Menunjukkan skill yang di asah dari kecik, akhirnya berjaya panjant almari ibu.. haha

Penolong ibu buat selama lamanya.. Dan Haziq adalah PUSH FACTOR untuk saya berjaya dalam Shaklee.. Luv u sayang!

Tengah  kusyuk dengar lagu fevret die " Ya Hanana ".. Masa ni kat Stadium Bukit Jalil

Senyap je bila nak potong rambut coz syok tengok muka sendiri kat cermin beso depan die.. hehe

My buddy, ever !! Kata Haziq.

Budak demam panas dan paling takutttt makan ubat. Nampak je ubat dan syringe je, terus lari macam tak cukup tanah nak lari.. Tokwan kata, macam ibu die je masa kecik dulu! hikhik

Al Hafiz Muhammad Haziq b. Mohd Hazriz Shahril

Ketika sel sel otak berhubung.. " duduk senyap2 kat tempat letak kaki dalam kete, bila ibu cari kuih nak makan dah takde.. rupe2nye pegi letak dalam seliper die.. Alhai anak, pandai bebeno..

Ha, ni la muka yang Haziq selalu buat kalo ajak selfie @ begambo.. Mana blajo ntah, ibu ajo buat muke come je.. Haha

Ni adalah " projek " Haziq paling terbaru. Mengucap ibu tengok.. Masa ni tengah kecoh pasal boikot produk Israel.. hihi
Habis milo ibu dituang ke lantai!!!!

Walaupun semasa mengandung, sy kurang dapatkan kalsiun dalam diet harian sehingga menyebabkan Haziq mempunyai masalah gigi ( nak tau ceritanya? klik SINI ) sepanjang Haziq hidup selama 2 tahun lebih ni sangat jaranggggggg saya bagi ubat klinik.. Kebanyakkan saya menggunakan Shaklee ( Vitamin C + Nutriferon ) sebagai immune booster.. Kenapa saya yang makan? sebab saya FULLY BREASTFEED.. So, apa yang saya makan Haziq turut mendapat khasiatnya. Sampai skang dok nyusu, payah tul nak putus susu ni.. Help me plissss.. hukhuk

Okla, cukupla dulu cerita buah hati saya ni.. nak citer sume selama 2 tahun 3 minggu ni, mau panjanggggggg dan banyakkkkkk lagi gambonye.. hehe.. Ibu die ni baru kenal blog, tu baru tersemat cerita Haziq kat blog ni.. hihi.

" Anak ibarat kain putih, ibubapalah yang mencorakkannya".. Sama2lah kita berdoa supaya kita menjadi ibubapa yang berjaya mendidik anak2 yang kenal dan paham akan agamanya iaitu Islam.. Peringatan untuk diri sendiri juga, Dan harapan saya, semoga Haziq menjadi seorang Hafiz yang dapat menghafal ayat ayat suci Al Quran.. ameenn..

Tips Atasi Alahan Ketika Mengandung

Loya semasa Hamil????

Alahan semasa mengandung atau dikenali sebagai "morning sickness".. Tapi skang da tak bole cakap morning sickness sebab sesetengah orang mengalami alahan yang teruk di waktu petang.. Ni pengalaman dari kawan saya sendiri. Bila petang je, semakin menjadi jadi alahan die.

Kalo nak citer bab alahan ni saya memang tak pernah merasa. Masa mengandungkan Haziq pun, takde sebarang alahan. Dan yang kedua ni pun, syukur takde sebarang alahan yang saya alami. Kebanyakan pengalaman alahan yang saya tau, semua hasil citer dari pengalaman kenalan2 rapat. Ada yang takleh bau makanan basah, ada yang takleh gosok gigi, ada yang takleh bau suami sendiri.. huhu.. Macam macam lah alahan kenalan yang saya dengar.

Bagi anda yang mengalami alahan yang teruk, meh saya share sedikit Tips untuk atasi alahan korang tu :


  • Makan sedikit tetapi kerap : Perut yang kosong membuatkan anda lebih loya dan dengan cara makan yang kerap tetapi sedikit dapat mengekalkan tahap gula dalam darah dengan stabil.
  • Simpan snek ringan : Luangkan sedikit masa untuk makan snek tersebut pada waktu pagi dan berehat sebelum turun katil.
  • Makan makanan yang dapat kurangkan muntah atau loya : seperti Avocado, Protein, Susu, Yogurt dan sebagainya.
  • Rehat yang secukupnya : Tekanan dan keletihan akan menyebabkan mabuk lebih teruk.
  • Hidu buah lemon / limau purut : Lemon /limau purut bole dihiris sedikit untuk menghidunya. Lemon juga bole diletakkan sedikit ke dalam teh.
  • Minum Teh Halia : Halia baik untuk melegakan perut dan mengurangkan loya.
  • Vitamin B6 ( piridoksina ) atau multivitamin juga dapat mengurangkan maduk dan loya
sumber : http://bayi-ibu.com/cara-mengatasi-muntah-ketika-mengandungl/

Ada juga ibu ibu mengandung yang menjadikan jeruk atau asam sebagai penyedap mulut dan tekak supaya dapat mengurangkan loya. Di sini, suka saya ingatkan anda supaya tidak mengambil jeruk atau asan dengan kuantiti yang banyak kerana ia akan memberi kesan buruk kepada kandungan. Dan ini benar benar terjadi kepada anak sepupu saya. Sepupu saya akan menghabiskan sejumlah duit hanya untuk jeruk sahaja sepanjang kehamilan pada setiap minggu! Dan akibatnya, anaknye mempunyai pelbagai PENYAKIT dan ALAHAN terhadap keadaan dan makanan di sekeliling. Allah lebih menyayanginye kerana anak sepupu saya telah kembali kepada Pencipta seawal usia remajanya disebabkan kanser.

**Shaklee juga mempunyai beberapa produk yang dapat membantu ibu hamil mengatasi masalah alahan ni.


Kajian menunjukkan bahawa 1/3 daripada wanita yang mengambil Pyridoxine berjaya mengurangkan masalah morning sickness yang dihadapi. Pyridoxine ni adalah salah satu komponen dalam Vitamin B iaitu B6. Kebaikan Pyridoxine akan diperolehi secara optimum jika diambil bersama Asid Folik (B9), Niacin (B3) & Cobalamin (B12).

B Complex Shaklee mengandungi semua Vitamin B yang diperlukan itu.

Ia tidak akan mengganggu bayi kerana ia diperbuat dari bahan semulajadi dan mempunyai sijil KKM. Direka khas oleh pakar herba utk mengurangkan morning sickness ibu hamil. Halia merupakan herba terbaik dalam memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat melegakan senak perut. Pudina pula merupakan herba yang membantu dalam menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut. Pengambilan vitamin ini akan membantu mengurangkan loya yang dihadapi.

Terdiri daripada 4 bahan herba utama iaitu peppermint, ginger, fennel dan anise. Antara kebaikan  Peppermint-Ginger Plus:-
  • Melegakan senak perut
  • Membantu proses penghadaman
  • Menyamankan perut
  • Mengurangkan mual dan muntah
  • Membuang angin dalam badan
  • Mengurangkan sakit gastrik
  • Mengurangkan kesan mabuk perjalanan


**Peppermint Ginger Plus ni bila di makan berasa sejuk je.. sebab tu sesuai untuk atasi masalah loya kita tu. hihi


sms/whatsapp : 0176863606

ATAU

Belian terus dari Shaklee dengan klik di SINI

Thursday, September 18, 2014

TEMPAT MAKAN BEST?

Cabaran 30 Hari Blog : Tempat makan best!

Sebetulnye, bila nak buat entry ni saya agak pening coz memang takde tempat pebret. Dan makanan yang paling kerap saya makan dan WAJIB sebulan sekali mesti makan adalah NANDOS.. hihi

Kenapa Nandos? Bagi saya ayam die sangatttttt sedap. Tak tau camne nak cakap sedap die tu tapi memang sedap banget.. haha.. Paham tak maksud saya betapa nak bagitau kesedapan ayam Nandos tu.

Nandos pebret bagi kami laki bini adalah Nandos di Subang Parade dan SACC Mall. Sebab ape? Selain layanannye yang best, side dish die memang sedap. Walaupun setiap nanos tu makanan die sama tapi maybe air tangan berbeza kot. Sebab tu ada rasa berbeza sikit.

Setiap kali pegi nandos, mesti pilihan yang sama je saya ngan hasben pilih sebabnye kami tetap JATUH CINTA dengan pilihan ni walaupun dah cuba pelbagai pilihan. Sebelum saya tunujuk pilhan kami, jom kita tengok dulu menu yang ada kat Nandos. ( dah tolong promote Nandos ni, agak2 dpt tak komisen skit? hikhik )






 Tu diaaaa.. Ni lah menu yang ada kat Nandos.. Ada yang dah terliur ke?
Skang saya nak tunjuk pilihan kami lak.


Pebret hasben : Half chicken - perisa wajib EXTRA HOT + Peri chips + Coleslaw 


Pebret saya : Quarter chicken - wajib EXTRA HOT jugak  + Rice + Coleslaw

Sedap kan???? Pastu ditambah lak dengan sos Nandos yang sedap giler tu.. memang meletoppsss habis!


Ha, pilihla mana satu idaman kalbu korang yek. Nak pedas? Tak nak pedas? Sume ade.. hihi

Walaupun saya makan agak banyak, Alhamdulillah berat saya memang menten.. Apa yang saya amalkan? Setiap hari saya akan makan Omega Guard 2 biji sehari dan Alfalfa 6 biji sehari selepas makan. Kalo terasa terrrrrrrlebih makan, saya UP kan dos Omega kepada 3 biji. 

Ape fungsi Omega? Sudah semestinya untuk pembakaran lemak2 yang ada. Dan Alfalfa, sebagai pengangkut segala toksin yang ada. Alhamdulillah, dengan bantuan supplemen Shaklee saya semakin sihat dengan izin Allah jua.

oklah, dah pukul 2:50 pagi.. Mata den da ngantuk! Nak tido dulu.. caucincau.. :)




Wednesday, September 17, 2014

RESEPI : LAKSAMEE PANGKOR Mariiii

Laksamee?? Ape tu?? Laksa + Mee??
Resepi turun temurun.

Bila saya citer pasal makanan pebret saya ni kat kengkawan.. Dialog kat atas ni la yang slalu kuar dari mulut dorang. kadang kadang, klako je dengor.. Yes, sape yang tak penah makan memang pelik dengar nama makanan ni. Tapi makanan ni jugakla pebret saya dan ayah saya.

Ok, saya citer dulu asal usul die ek. Ayah saya adalah anak jati perak yang dilahirkan di Pulau Pangkor yang mana penduduk asalnya ramai yang datang dari Kwangtung, China. Dam moyang saya adalah salah sorang orang China yang berhijrah ke Malaysia. Jadi, makanan di Pangkor banyak jugak makanan yang asalnye orang China punye. Masa kecik saya dibesarkan di Pangkor, dan laksamee ni adalah salah satu makanan yang dijadikan sebagai sarapan pagi.. Bila da setiap pagi ngadap benda yang sama, terus melekat sayang n jadi pebretku tapi adik beradik lain bese2 je. Daku je yang terlebih suka. hihi

Itulah asalnye kisah laksamee ku.. Okla, jom citer camne nak buat lak. Mana tau nanti korang bole buat sendiri lak.

Laksamee terdiri dari 4 bahagian : mee, kuah, sayur dan sambal..

Bahagian 1 : Mee

Untuk mee adalah yang paling senang. Hanya perlu rebus mee sehingga masak tapi perlu pastikan yang mee tu jangan terlalu lembut, jangan terlalu liat.. Sedang2 je.

Mee ni bole didapati di Giant atau Tesco.. Paling senang nak jupe kat Pangkor atau Pantai Remis, Perak.. Tempat lain saya tak jupe lg..

ha, ni la bentuk mee nye.. skang dah ada jugak orang guna mee sanggul.


Bahagian 2 : Kuah / Sup Ikan

 Bahan2 nye :

     1 ) Bawang merah dan putih dihiris / dikisar ( tak kisah mana korang senang..hihi )
     2 ) Asam keping ( 2 @ 3 keping )
     3 ) Ikan kayu ( ada panggil ikan tongkol/ ikan aya ) 
              
                     Ikan kayu / tongkol / aya


 ** Bab lauk yang nak letak dalam kuah ni bole ikut suka hati korang. Sebab skang dah ramai yg letak udang, sotong n ikan fevret masing. Tak kisah asalkan seafood. Tapi ikan  kayu ni memang slalu mak saya guna coz ikan fevret ayah saya ni.. Katanya, ikan ni  KAYA DENGAN OMEGA! hihi


Cara nak masak :

Masukkan asam keping, bawang merah dan bawang putih yang dah dihiris ke dalam periuk berisi air. Tunggu air tu menggelegak, da bole masuk ikan yang dah di potong.. Bila da menggelegak bolela tengok isi ikan tu da masak ke belum.. Bila ikan da masak, siap dah kuahnye.. Senang kan??? 


Bahagian 3 : Sayur 

Bahan2nye :

        1) Bawang merah, bawang putih

        2) Kacang panjang yang telah di potong2 ( kalo suka yang rangup, bole guna kacang buncis )                   Banyak mana? Ikut suka.. sesuai dengan minat korang terhadap sayur kacang ni.                                   Kalo saya memang suka banyakkkk.. hihi

      

            3) Lobak masin - ini wajib ada yek... kalo tak, kacang korang tak uuummmmppphhhh tau. Lobak masin ni pun sama.. Potong kecik kecik tapi jangan terlalu halus coz nanti xberasa.


Cara nak masak :

        1) Tumis bawang sampai naik bau.
        2) Pastu bole masukkan bawang dan lobak masin sekaligus.
        3) Bila da nampak macam layu2 skit bole masukkan garam secukup rasa dan bole tutup api dah..
                 ** Jangan sampai layu, nanti kacang tak rangup.


Bahagian 4 : Sambal ( part ni paling mantappsss.. kalo takde, tak nikmatlah makan laksamee )

Sambal ni ada 2 jenis.. Ikut korang suka yang mana ek.

JENIS 1 : Sambal tumis cili kering..

                 Sambal ni bole buat macam sambal tumis lain tanpa letak ape2.. Sambal semata.

JENIS 2 : Sambal cili padi ( yang ni pilihan family saya!! Memang terangkat la.. )

                 1) Cili padi dikisar bersama bawang putih.                                                                                                     ( kuantiti ikut pilihan korang. Nak masak banyak atau skit )
                 2) Naikkan atas dapur dan tunggu sehingga air cili die kering.                                                                     Bila da kering, tutup api   dulu sementara nak buat tumis darat.
                 3) Goreng bawah putih yang telah dihiris ( Bawang putih je tau )..                                                               Bila da garing, terus tuangkan ke dalam sambal yang telah kering.
                  4) Dah siapppp.. :)


Dan, camnilah hasilnye.. Sangatttttt nyummyyyyyyy

Ni lah LAKSAMEE.. Walaupun hidangannye tak berapa nak tersusun, tapi sedap tauuuu :0





Tuesday, September 16, 2014

Akibat Kurang Kalsium Ketika HAMIL

Kurang Kalsium Ketika HAMIL???? Bahaya ke????

Yes, macam yang korang baca. Entry kali ni saya nak citer ape KEBURUKAN atau KESAN jika kita sebagai IBU HAMIL YANG KURANG KALSIUM.

Untuk entry lepas saya dah citer vitamin yang perlu untuk ibu hamil kan? Klik SET IBU HAMIL untuk baca. So, entry saya nak lebih spesifik kepada ibu hamil yang kurang kalsium.. Terutamanya yang satu geng dengan saya < tak suka susu..hikhik >

ok, bagi yang tak kenal saya.. Saya memang seorang yang tak sukeeeeeeeee sangat susu. Tambah tambah susu tepung.. bole buat muntah ok kalo bau.. Dari kecik lagi memang saya tak minum susu tepung, asik minum susu cair je..hehe ( tapi masa baby tak ingat lak ade minum ke tak )

Ingat lagi, masa kecik dulu saya pernah muntah kat supermarket gara gara makan YOGURT! tak leh blah kan? tapi itulah saya, Huda anak pakcik Deris. hihi.

okla, straight to the point. kalo nak saya citer pengalaman saya dengan susu ni mmg panjang entrynye.. hihi

Awal taun 2012, bila saya disahkan mengandung je memang saya tekad nak jugak minum susu walaupun tak tahan bau die.. 1st time minum, memang nak muntah tapi saya tahan. Ingat lagi, masa tu saya minum susu ENFA MAMA perisa coklat. Hari hari seterusnya berlalu, saya makin culas untuk minum susu. Sebab tak suka dan tak tahan bau.. ubat klinik memang tak tinggal, cuma susu je payah nak minum.. tapi ubat klinik kan tak termasuk dengan kalsium.

Sepanjang kehamilan sampaila Haziq keluar, saya amik mudah dengan pemngambilan kalsium saya. Dan akhirnya, Haziq terima padah.. Memang rasa bersalah teramat sangat. Dan sehingga sekarang, saya rasa bersalah bila tengok gigi Haziq yang semakin teruk.

Sejak itu, saya memang tak tinggal untuk memenuhi kalsium dalam diet harian saya.. Tapi bukan minum susu yang "high kalsium" tau.. tapi saya amalkan KALSIUM aka OSTEMATRIX Shaklee, 4 biji setiap hari sebelum tido..

Camne lak Haziq nak dapat kalsium ni jugak sedangkan Haziq da lahir? kan kan? ok, untuk pengetahuan, saya memang fully breastfeed so kebaikan kalsium tu dapat juga diserap oleh Haziq semasa menyusu.

masa ni gigi Haziq elok lagi tapi kaler giginye berbeza dengan baby yang lain. Masa tu kitorang dah rasa tak sedap hati.

Haziq dengan senyuman comelnye ketika gigi masih lawa.

masa ni dah nampak skit gigi Haziq yang rosak.

gigi Haziq paling latest. G jupe doktor pun da tak boleh buat apa. Hanya teruskan gosok gigi untuk jaga kebersihan giginya supaya tak jadi lebih teruk..

Tapi saya tetap bersyukur, nasib baik juga jupe OSTEMATRIX Shaklee lebih awal.. Gigi Haziq dibahagian tepi atas dan bawah tidak mengalami masalah kurang kalsium.. ( ayat nak sedapkan hati pun ade jugak ni..hukhuk )

Walau ape pun yang terjadi, Haziq tetap PUTERA dan anugerah Allah yang terindah buat saya. Semoga Haziq menjadi anak yang soleh dan seoarang Al-Hafiz.. InshaAllah.

So, kepada IBU HAMIL yang tak suka minum susu bolelah cuba macam saya.. Amalkan untuk makan OSTEMATRIX aka KALSIUM dari Shaklee.. Jangan menyesal di kemudian hari macam saya.. Sayangi kandungan anda..

Jika ingin dapatkan konsultasi berkaitan kehamilan / produk Shaklee. Hubungi saya :
Huda Idris  ( 887098 )
sms/whatsapp : 0176863606
Email : hudaidris8385@gmail.com




Air Tangan AYAH.. nyummyyyy

Aha, bese orang asik cakap pasal kesedapan air tangan mak je kan? ok, entry kali ni saya nak share satu hobi baru ayah saya bila anak anaknya balik.. Hobi baru sejak pencen ler katakan..

Disebabkan arini Cuti 1 Malaysia, ramai jugak adik beradik saya yang ada kat umah makayah saya di Putrajaya. So, ayah ni memang pantang kalo anak anak balik.. Mulala nak bagi anak anak makan.

Jadi, arini dengan resepi yang diubah suai oleh ayah saya maka terjadilah ikan MASAK 3 RASA. Untuk pengetahuan pembaca semua, ayah saya anak nelayan. Jadi kami anak anaknye ni memang diajar untuk makan ikan ikan yang besar dan jarang orang makan.

Untuk masak 3 rasa kali ni, ayah saya gunakan ikan bawal emas dan ikan sagai.. Ha, penah dengar x ikan sagai ni.. Jap ek, saya tunjuk gambonye..


atas : ikan sagai         bawah : bawal emas

Maapla yek.. tlupe lak nak amik gambo ikan tu sebelum dimasak..hehe....

tengah masak kuahnye dan goreng bawal emas

Tak lama lepas tu... jeng jeng......................................................................... ni la hasil AIR TANGAN AYAH SAYA.


Tengok je pun da sedap kan?? hihi ( sape lagi nak puji kalo bukan anak sendiri ).. Bila dah makan???Ni la yang jadinye.. 

2 ekor ikan dah LESAP!!! Padahal 7 orang je kot yang makan!!!!  burppp, Alhamdulillah kenyang. Sedap hingga menjilat jari. hehe

Bagi yang takut dengan KOLESTROL atau LELEMAK DEGIL melekat kat dalam badan korang tu bila da makan banyakkkk, bolela amalkan ALFALFA dan OMEGA GUARD selepas makan.. Dapat buang toksin, bakar lelemak degil dan sekaligus dapat control kolestrol tu.. InshaAllah.


Nak produk Shaklee? Hubungi saya :
Huda Idris  ( 887098 )
sms/whatsapp : 0176863606