Sunday, July 20, 2014

PENGALAMAN BERSALIN ANAK PERTAMA

URI TERTINGGAL DALAM RAHIM?


Woo.. Sape2 yang penah alami kes ni kompem seriau bila ingat pengalaman ni kan??

Ha, ni la pengalaman saya semasa bersalin di hospital.

Walaupun hampir 2 tahun berlalu, pengalaman ni memang saya takkan lupakan.Alkisahnya :

1 September 2012
Arini saya dengan hasben memang berjalan sakan sebabnye nak cukupkan barang baby yang takde lagi terutama stroller. So kitorg berjalan dari 1 mall ke 1 mall. Dan mall yang terakhir adalah Midvalley.. Dengan perut yang sangat sarat, saya berjalan tanpa henti dari pagi sampai tengah malam! Masa tu dah 38 minggu kot!!! hihi..kuat lagi bejalan walaupun dah tak larat nak bawak.

2 September 2012
Lebih kurang 1 pagi, pinggang yang sangatttttttttt lenguh. Tak tau nak ckp lenguh camne. Puas hasben tolong urut tapi tetap tak hilang malah bertambah teruk. Sebab dah tak tahan sangat, saya terus call mak. Bila dah dengar camtu, mak saya terus suh balik umah Putrajaya dan siap2 gi hospital.. Hospital????? tetibe rasa ketaq gile. huhu. "Aku dah nak bersalin ke?" Epi tambah takut.. Dalam 3@4 pagi sampai kat hospital ditemani hasben dan my mom.. Bila masuk je kat bilik, doktor cek baru 2cm bukaannya. So, saya disuruh balik dulu sebab baru 2cm.

Jadi sepanjang hari tu, duduk kat umah macam bese dan takde rasa sakit langsung. siap bole makan macam macam lagi.. Al maklumlah, masih mood raya.. :)

3 September 2012

Tak ingat lak pukul bape masa ni, dalam 1@2 pagi jugakla.. Tengah tidur tetibe rasa baju basah. Dengan perasaan risau, terus kejut hasben. Agaknya hasben pun panik kot, die pun tak tau nak buatpe... hihi.. So, saya pun ape lagi. Pagi pagi buta gi ketuk bilik mak. Bila cakap je baju basah, mak suh terus tukar baju tu dan bersiap pegi hospital. Sampai kat hospital, bukaan tetap 2cm TAPI disebabkan air ketuban dah pecah saya di tahan wad..

Masa ni lak seksanya bila bukaan sikit TAPI ketuban dah pecah. Setiap 4 jam doktor datang untuk cek bukaan... Sakit ok! Bila da selalu cek tapi bukaan tetap sama, so doktor amik inisiatif untuk tolong bukak laluan. Masa ni, Allah je tau cmne perasaannya. Sakit tak tau nak cakap camne.. Benda yang sama berulang sampai ke malam. Korang bole bayangkan tak sakit tu camne bila selali diseluk??? Nasib baik doktor perempuan.. hihi.

Last doktor tolong bukak laluan dalam pukul 10 malam rasanya.. Lepas tu, saya tido macam bese.. hehe


4 September 2012

 Tak ingat lak dalam pukul bape, saya tetibe tejaga sebab perut sakit sangat. So, saya pun bangun pegi cari nurse sebab da rasa sakit sangat. Saya pun di bawa ke 1 bilik untuk cek lagi!!! Dan alhamdulillah, bukaan dah terbuka sebanyak 4cm. Doktor dah suruh nurse tolak saya ke labour room dan sambil tu sempat pesan untuk call hasben ( hasbenla peneman setia selama saya beberapa jam dalam labour room tu. Peneman setia..hehe )..

So, bermulala episod kat dalam labour room. Mula mula sampai tu rasa nak membuang tapi nurse tak bagi. Die cakap memang camtu rasanya bila nak bersalin. Manala kita tau kan, ingatkan nak membuang. hehe. Lepas saya dah terbaring kat katil, masa tu memang terasa sakit sampai nurse tu bagi sedut 1 gas menyebabkan saya jadi separa sedar.  Benonye saya pun xbape pasti ape yang jadi dalam labour room tu sebab saya dalam keadaan separa sedar. Dalam sedar tak sedar tu, saya terdengar bila ada nurse tu cakap dah bukak 10cm. da bole deliver.. :)

Masa tu saya memang tak reti push.. hehe. Sampai 2 orang nurse tolong tolak baby supaya kuar sebab takut baby lemas. Alhamdulillah, tepat kul 5.15 pagi anak saya kuar dengan selamat. Lepas dah cium baby, anak saya di bawa keluar untuk dibersihkan dan diazankan..

Masa ni la pengalam bersalin yang ngeri saya alami.. Ape die? Ha, lepas sume da setel ada sorang nurse ni datang cek keadaan saya dan die duduk kat ctu sambil 'melakukan sesuatu'.. saya pun tak pasti kenapa dan apa yang dibuat. Pada masa tu, ada sorang lagi nurse masuk ke labour room tu dan baru saya tau hal sebenar bila dengar dorang bersembang.. Rupe2nye ada tertinggal sikit uri saya kat dalam! Ya Allah, masa tu memang nak nangis je rasanya..

Camne nurse tu kuarkan uri yang tertinggal tu? Tau tak cmne orang korek ayam untuk buang isi dalam die? Ha, camtula saya kene.. Sangat sakit sampai saya menangis.. huhu.. Lepas nurse da setelkan sume baru doktor datang untuk jahit luka.. Tau tak kul bape masa tu? Kul 7 lebih PAGI.. maksudnye dekat dua jam baru luka potong saya tu dijahit.. Dahla sebelum jahit saya dibuat bahan eksperimen. Doktor tu ajo dulu doktor pelatih camne nak jahit! Tak tau ke ake tengah kesahitan???
Nak je menjerit masa tu tapi da takde tenaga langsung..

Walau ape pun yang terjadi, saya tetap bersyukur kerana dapat melahirkan anak yang sihat tubuh badan dan sempurna. Sekarang anak saya dah berumur 1 tahun 10 bulan pun... Die lah segala galanya bagi saya..

IBU SAYANGGGGG HAZIQ.. :)

**walaupun pengalaman yang menyakitkan, saya tak serik untuk ada anak kedua.. Meramaikan umat Islam.. Semoga anak anak kami adalah penyelamat kami di SANA..InshaAllah..

**saja mengimbau kenangan dolu2.. teringin nak rasa perasaan gembira bila mengandung, bersalin, berpantang, tak tidur malam lagi.... rinduuuuuuu sangat masa tu.. kenangan yang takkan dilupa. Setiap anak pembawa rezeki, dan setiap anak mempunyai pengalaman berbeza..


Thursday, July 17, 2014

KHASIAT BUAH ANGGUR KEPADA KITA

 KEPENTINGAN BUAH ANGGUR BESERTA BIJINYA



Saya just nak share sumting dengan pembaca khasiat buah anggur kepada kita. Termasuklah khasiat biji anggur sekali.. Lepas baca sharing dari saya ni, mesti korg tak buang dah biji anggur bila makan.

Sambil tengok cter korea tadi, saya dengan family makan kudapan yang berkhasiat iaitu buah anggur. Sambil makan, mulut ni laju je asingkan buah dengan biji die.. Bila dah banyak biji anggur yang di buang, baru saya tepikir. "Nape aku pegi buang biji anggur ni? Kan biji anggur ni bagus untuk aku!" Aha, untuk pengetahuan semua biji anggur memang terkenal dengan khasiatnya yang dapat membantu elakkan kanser.


Terdapat 10 kebaikan kepada kesihatan oleh biji anggur :

  • Menyingkirkan radikal bebas
  • Mengurangkan radang (inflammatory)
  • Membantu kesihatan otak, kulit dan mata.
  • Membantu pengedaran mikro dan kardiovaskular.
  • Mencegah masalah kelenjar prostat
  • Melambatkan proses penuaan
  • Mengurangkan kedutan dan meningkatkan keanjalan kulit
  • Mencegah kesan negatif yang disebabkan oleh sinar ultraviolet
  • Membantu fungsi sistem saraf otak
  • Meningkatkan daya pertahanan

Jom saya share skit kelebihan Grape Seed Extract ni :

Kebaikan Grape Seed Extract

Khasiat Grape seed/extrak biji buah anggur

Grape Seed Oil mengandungi phytonutrien istimewa yang ditemui pada buah anggur
yang dinamakan Polyphenols. Pada tahun 1985, Prof Jacques menemui polyphenols
yang terdapat di dalam buah anggur dan bijinya mempunyai lebih Oligomere
Proanthrocyanidin (OPC) berbanding daripada phytonutrient yang lain.
Keistimewaan itulah yang menjadikan minyak biji anggur cukup popular di 
negara beriklim sejuk. Ini kerana ia juga dikenalpasti sebagai produk dari sumber alam
semulajadi yang mampu mencegah atau menyekat tumbesaran tumor atau ketumbuhan,
antisclerosis dan merangsang keupayaan sel-sel.

Apa itu OPC?

• OPC's ialah antioksida yang utama dan penting
• Bertindak melindungi tisu-tisu dan pelbagai kecederaan oksidatif
• Mempunyai kekuatan lebih 50 kali lebih daripada Vitamin E dan 18.4 kali lebih
   kuat dari Vitamin C
• Menghalang dari radikal-radikal bebas yang boleh merosakkan sel.
   Oligomeric Proantho Cyanidin atau OPC merupakanbahan antioksida dan unsur
   semulajadi penting yang terdapat di dalam biji anggur. OPC diklasifikasikan
   dalam kumpulan polifenol yang terdiri daripada flavoid dan flavanol istimewa. Di
  dalamnya terdapat bahan semulajadi dan tidak bertoksid. Di samping itu, OPC amat
  kaya dengan protein terutamanya kalogen yang menjadi bahan utama terhadap
  pembentukan sel dan tisu. Malah OPC berfungsi 50 kali lebih kuat daripada
  Vitamin E dan 20 kali lebih berkesan berbanding Vitamin C. Kajian menunjukkan,
  berbanding tumbuhan lain, OPC paling banyak didapati di dalam biji anggur.
  Pengambilan OPC tidak akan memberikan sebarang risiko sampingan kepada pengguna.
  Kadar dos penggunaan harian yang sesuai adalah antara 100 hingga 150 mg sehari.

Kelebihan dan kebaikan Grape Seed Oil

• Meneutralkan bahan radikal bebas yang menyerang dan merosakkan sel DNA manusia
• Bertindak sebagai bahan antioksida mudah serap yang berfungsi untuk membantu
   sistem tubuh manusia
• Berupaya menurunkan kadar LDL kolestrol
• Membantu meningkatkan kekuatan dan keanjalan salur darah
• Pemangkin kepada peningkatan tahap sistem imunisasi tubuh serta daya tahan
   terhadap serangan penyakit
• Menyumbang bahan kolagen untuk kulit dan awet muda
• Menghalang pembengkakan dan keradangan
• Melancarkan perjalanan darah
• Mengurangkan gangguan ketahanan sistem tubuh untuk wanita yang hampir monopous
• Membantu memulihkan kesihatan sel dan tisu badan
• Mencantikkan kulit dengan menggalakkan pembaikan dan pembentukkan tisu
• Amat sesuai untuk ibu-ibu mengandung dan perkembangan janin di dalam kandungan
• Bertindak sebagai bahan anti bakteria, anti virus,  anti kanser dan pelindung
  kepada alahan
• Berfungsi sebagai penghalang oksidasi awal lipid, kerapuhan dan kekerasan
  dinding kapilari darah

Saya sertakan dua produk shaklee yang menggunakan Khasiat anggur di dalam produknya untuk kesihatan semua pengguna.



Vitamin E  dengan Grape Seed Extract


Campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, ANGGUR MUSCADINE, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu

Next entry saya akan cerita lebih lanjut pasal dua produk ni ye.. Stay tuneee!!


Berminat dengan produk Shaklee? Sebarang pertanyaan hubungi saya :

FB : Huda Idris ( 887098 )
sms/WA : 0176863606
Email : hudaidris8385@gmail.com



Tuesday, July 15, 2014

SOYA MEMBAHAYAKAN KEPADA LELAKI DAN WANITA!

Kisah dongeng SOYA ( ESP )

Soya yang kontroversi! hehe
Ramai jugak customer saya yang tanya. Betul ke soya ni tak elok untuk lelaki? Betul ke soya ( ESP ) ni bole sebabkan mandul? Betul ke soya ni penyebab kanser?

Oh noooo!!! Mana korang dapat idea ni? Korang dapat dari sumber yang sahih ke? Ada ujian klinikal ke?

Sebenarnya, bila kita makan sesuatu, biarlah makan dengan berilmu. Maksudnya kita tahu apa kebaikan dan kepentingan produk yang kita makan. Barula kita takkan goyah atau ragu ragu bila ada perkara yang tidak disenangi diperkatakan.

Soya adalah salah satu sumber protein yang boleh kita dapati. Jom tengok ape fungsi protein pada tubuh badan kita :

* Menggantikan sel-sel dan tisu yang mati atau rosak.
* Mengawal proses badan (sesetengah hormon tetapi bukan semuanya adalah protein).
* Mengekalkan jumlah dan komposisi cecair badan.
* Mengangkut bahan-bahan seperti lipid, vitamin, mineral dan oksigen ke seluruh badan.
* Melindungi badan terhadap penyakit melalui antibodi dan menguatkan sistem imun badan.

Apa yang anda perlu tahu tentang kelebihan ESP berbanding soya lain.
  • ESP adalah soya TERBAIK kerana ia merupakan sumber “Protein Lengkap” dengan 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian. Selain tu, ia adalah soya non-GMO ( tiada perubahan genetik ) iaitu soya semulajadi rendah lemak dan bebas kolesterol. Terbukti secara klinikal menunjukkan ESP mampu mengekalkan tenaga berjam lamanya. Di samping membantu mengekalkan otot, pemulihan tisu badan, serta fungsi enzim dan hormon yang sempurna.
  •  ESP juga membantu mengekalkan paras gula dan kolestrol yang normal dalam darah kerana mempunyai Indeks Glisemik yang rendah iaitu 39. Kandungan lemak dalam ESP sangat minum iaitu (1gm) dan Tanpa laktosa di mana kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah. Dan paling penting tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet, Mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga
  • Kelebihan ESP Menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri, bantu hilangkan parut jerawat di muka,  Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur, Cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan.
  • ESP jika diambil bersama supplemen lain akan bantu penyerapan yang lebih baik kerana cepat menyerap dan kesan yg lebih baik berbanding mereka yg tak ambil bersama ESP. Ini disebabkan, mereka dapat mmeperbaiki sel sel yang telah rosak@mati kepada sel sel yang lebih baik. Oleh sebab itu, bagi mereka yang mengamalkan ESP ni dapat KESAN YANG OPTIMUM bagi setiap supplemen lain yang di ambil.

Ok, jom tengok ape kata Dr. Zubaidi berkaitan soya ni. Betul ke seperti dakwaan orang luar? 


                                       sumber : http://drzubaidi.com/blog/kesan-soya/


Untuk panduan semua, saya nak kongsikan beberapa tips untuk memilih produk yang berasaskan soya di luar sana.


  • Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organic :

  •  Kajian penananam secara kimia (bukan organic) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan. Dari segi kajian juga menunjukkan bahawa terdapat hubung kait antara kanser dan juga nitrates. Oleh sebab tu, amatlah penting jika tidak menggunakan sebarang racun perosak sepanjang proses pembesaran soya ni.


  • Soybean tu mestilan Non GMO ( tak dihasilkan secara genetic) :
  • Penghasilan soya tidak mengalami sebarang perubahan genetik kerana ia akan menghasilkan toksin tanpa disedari apabila ada gen baru yang dimasukkan di dalam sel tumbuhan tersebut. Kebanyakan syarikat menggunakan soya genetic adalah kerana ia lebih murah dan senang didapati dan ia menjimatkan kos bagi pihak pengeluar.  Dr. Louis J. Pribyl, a Brazilian government scientist menekankan yang berdasarkan kajian bahawa soya yang mengalami perubahan genetik akan membahaykan kesihatan.

  • Soy Protin tu mesti mengandungi 9 asid amino perlu :
  • Ni ciri yang amat penting..Badan memerlukan kesemua 9 ni untuk menghasilkan hormone,jus penghadaman,antibodi, enzyme. If one essential amino acid is missing, the immune system can be depressed 30%, and many important body functions are delayed or stopped.


  • Dalam proses pembuatan soy isolate, soyflakes mesti dibersihkan dgn air bukan dgn alcohol :
  • Kenapa tak boleh dicuci dengan alkohol? Selain ia haram untuk kita sebagai umat Islam, dari segi saintifiknya adalah Alkohol akan memusnahkan kandungan isoflavine. Bila isoflavine dimusnahkan, soya tiada lagi fungsi sebagai membantu untuk mengurangkan risiko KANSER. Selain tu, Isoflavones juga bermanfaat dalam penyeimbangan hormon dan menaikkan berat tulang

  • Bahan anti-thyroid / anti-growth substance mesti disingkirkan :
  • Soya yang mentah mengandungi "anti-growth", "anti-tyrosine" . Sedangkan kalau kekurangan bahan2 ni akan menyebabkan tekanan darah rendah, suhu badan rendah, dan restless leg syndrome. Find a brand that uses an extracting process that removes this substance, yet keeps the soy in a raw form in order to maintain the HIGHEST LEVEL OF AMINO ACIDS and ISOFLAVONES which are very sensitive to heat.

  • Proses pembuatan soy protein sebaiknya tanpa pemanasan :
  • Asid amino sangat sensitif dengan suhu yang panas. Dalam satu kajian, menunjukkan memasak protein dengan suhu yang tinggi memusnahkan 50% asid amino perlu.  Jika seseorang individu itu mengamalkan protein yang kekurangan asid amino perlu ini dalam diet seharian akan menyebabkan mereka mengalami perkembangan otak dan hormon yang tidak mencukupi, dan penghasilan tisu badan yang lain.


  • Soy isolate itu mesti ditambah dgn unsur calcium..kenapa?
  •  Kajian /artikel melaporkan bahawa serbuk soy adalah sangat berasid dan boleh mnyebabkan kerapuhan tulang.Dan oleh yg denikian unsur calcium yang secukupnya mesti ditambah dalam soy protein tu untuk meneutralkan kembali serbuk soy tu.Kebanyakan pengusaha/pengeluar protin tidak menambah cukup kalsium


    ** Jadilah pengguna yang bijak untuk memilih protein soya yang terbaik di pasaran.


    Berminat dengan ESP Shaklee? Hubungi saya :
    Huda Idris ( 887098 )
    0176863606
    hudaidris8385@gmail.com

    Saturday, July 12, 2014

    ESP MERUGIKAN??

    BETUL KE ESP MERUGIKAN?


    Bila dengar orang minum ESP dapat kulit cantik, bila minum ESP bole kurus, bila minum ESP lebih bertenaga, macam macam lagila. Kita pun sibuk nak beli ESP jugak. Nak jugak cantik, nak jugak kurus, nak jugak bertenaga.. ye idok?? huhu

    Tapi bila dah beli, mulala tak minum.. kalo minum pun tak konsisten.. Jadi, rugi jela beli ESP tu kan? sebab korang tak merasa  kebaikan ESP tu.. hihi.


    Entry ni saya nak cerita bagaimana ESP DAPAT MENCANTIKKAN KULIT.




    Soya dikatakan dapat mengurangkan kedutan halus diwajah anda. Mengikut satu kajian pada tahun 2007 yang dijalankan di Jepun dalam Jurnal Nutritional Science and Vitaminology menunjukkan kulit wanita berusia 30-40 tahun yang mengamalkan soya setiap hari dapat memperbaiki kulit dari kedutan halus di wajah selepas 12 minggu.

    Selain tu, soya juga dapat menghasilkan keanjalan kulit dengan menggalakkan kolagen dalam tubuh kerana soya adalah penggalak kolagen yang baik. Oleh sebab tu, soya dapat melambatkan proses penuaan.



    Bagi saya, ESP adalah soya terbaik yang dihasilkan kerana ia bersifat NON-GMO yang bermaksud tiada sebarang perubahan genetik dilakukan. Di samping ESP mempunyai Indeks Glisemik yang rendah iaitu 39.

    Kajian American Journal of Clinical Nutrition terbitan Julai 2007 menunjukkan KAITAN antara MAKANAN YANG RENDAH INDEKS GLISEMIK dan pembaikan MASALAH JERAWAT. Kajian mendapati dalam tempoh 12 minggu, jerawat berjaya dikurangkan dengan lebih baik di kalangan kumpulan peserta yang mengambil makanan dengan kandungan glisemik gula yang rendah berbanding kumpulan yang mengambil makanan yang tinggi dengan karbohidrat. Secara umumnya, selain makanan berkarbohidrat ringkas yang tinggi, pengambilan makanan tinggi lemak tepu, makanan berminyak dan bergoreng, bergula akan memberi impak yang lebih ketara kepada masalah jerawat. 

    Ha, best kan bila baca kesan positif dari soya ( ESP ) ni? Jom kita layan testimoni ESP lak.
















    Aha, teruja x? Tapi nak diingatkan lagi.. Kesan yang dorang dapat ni bukan dalam masa 2,3 hari ye.. Dan yang paling MESTI KONSISTEN!


    Teringin nak cuba?
    Hubungi saya :
    Huda Idris ( 887098 )
    0176863606
    hudaidris8385@gmail.com

    ATAU 

    Klik ORDER untuk dapat ESP ni terus dari website Shaklee.



    Friday, July 11, 2014

    MAKANAN TAMBAH SUSU IBU

    Makanan yang dapat menambah susu ibu


    Selain konsep "demand and supply ", pemakanan si ibu juga penting dalam menjayakan penyusuan secara ekslusif. Oleh itu, saya akan kongsikan skit info berkaitan susu Sebelum saya senaraikan jenis jenis makanan yang dapat membantu para ibu supaya dapat menghasilkan susu, saya ceritakan dulu ape KEBAIKAN SUSU IBU ni.

    Kebaikan susu ibu: Apa itu kolustrum?



    Kolustrum
    Kolustrum adalah susu awal. Warna kuning dan pekat. Sedikit saja sudah cukup untuk perut bayi yang besar biji guli. Inilah cairan emas yang sangat hebat, ciptaan Allah. Mengandungi 1001 kebaikan yang tidak akan dapat ditandingi oleh mana-mana susu formula. Membina sistem imunisasi dan mengandungi antibodi yang terbaik untuk bayi. Mulakan penyusuan seawal-awalnya bagi membolehkan bayi anda menikmati cairan emas yang hebat ini.
    Foremilk & Hindmilk
    Foremilk
    Susu yang keluar awal. Lebih jernih dan cair. Menghilangkan haus bayi. Ketika payudara bengkak, jumlah foremilk sangat banyak. Bayi akan mudah tersedak dan kembung perut. Untuk mengelakkan risiko ini, susukan anak lebih kerap, atau pam lebihan susu yang masih ada.
    Hindmilk
    Cairan yang lebih pekat. Mengandungi lemak yang tinggi. Akan terhasil selepas foremilk keluar. Ini yang akan memberi rasa kenyang bayi. Juga menyumbang kepada kenaikan berat badan bayi. Susukan bayi selama mungkin, sehingga bayi puas.
    So, kat sini ada beberapa jenis makanan yang mudah kita dapati dan InshaAllah dapat membantu para ibu dalam usaha untuk menambah susu atau dikenali sebagai MILK BOOSTER. Antaranya :    
    • Lobak putih
             
    Sup Lobak Putih

     Sesuai dimasak sup bersama daun kucai dan ikan bilis.  Boleh juga dikikis dan direndam di dalam  air suam sebelum diminum begitu sahaja.

    • Buah longan kering

    - Rebus longan kering bersama kurma kering, kismis atau barli.  Lebih sedap jika dimasukkan sedikit gula merah.

    • Kurma

    - Makanan sunnah yang kaya dengan pelbagai khasiat, di antaranya adalah protein, serat, glukosa, vitamin A, vitamin C, sodium dan potassium.  Ia juga kaya dengan zat besi dan membekalkan kalori segera yang diperlukan terutamanya buat ibu menyusu

    • Pucuk betik/Betik muda

    - Pucuk betik atau betik muda boleh dimakan mentah dan dimakan bersama nasi sebagai ulam-    ulaman.

    • Halba/Fenugreek

    - Rendam sedikit halba dengan air suam dan minum airnya.  Boleh juga diletakkan di dalam        
      masakan seperti sup, kari atau nasi.

    • Habbatus sauda/Jintan hitam/Black seed

    - Salah satu makanan sunnah yang diamalkan Rasulullah.  Amat berkhasiat sehinggakan Rasulullah pernah bersabda bahawa ia berupaya mengubati pelbagai penyakit kecuali maut.  Boleh didapati dalam bentuk kapsul.

    • Moringa/murunggai/pokok kelor
    Daun dan Buah murunggai
    - Pokok murunggai terkenal di kalangan masyarakat India dan dikenali sebagai pokok kelor dalam masyarakat Melayu kita.  Selain menambah susu ibu ia juga sesuai dimakan ketika sakit tekak ataupun selesema. Boleh didapati dalam bentuk kapsul dan uncang teh.

    • Jantung pisang

    - Boleh di celur dan dimakan seperti ulam-ulaman atau dimasak gulai lemak.

    • Daun cekur manis/pucuk manis

    - Sedap dimasak gulai lemak sepertimana ulam jantung pisang.

    • Kacang soya

    - Makanan berasaskan kacang soya seperti air soya, tempe atau tauhu diketahui umum berupaya menambah pengeluaran susu ibu. Walaubagaimanapun, pengambilan susu soya buatan sendiri adalah tidak digalakkan kerana kemungkinan besar anda akan terdedah kepada kesan negatif kacang soya yang tidak diingini.



    • Alfalfa

    Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Sebab tu ia dikenal sebagai Raja Tumbuhan. Alfalfa juga telah digunakan sekian lama di Afrika sebagai milk booster untuk ibu yang menyusukan anak.

    Selain makanan semulajadi ini, Shaklee mempunyai produk yang juga mampu bertindak sebagai MILK BOOSTER iaitu Alfalfa Shaklee dan ESP.


    Milk Booster Budget



    Kenapa ESP + ALFALFA SHAKLEE?

    • ESP adalah soya non-GMO yang bertindak sebagai milk booster. Susu ibu lebih pekat dan berkrim menyebabkan anak lebih cepat kenyang.
    • Alfalfa telah digunakan di Afrika sebagai milk booster terbaik sejak sekian lama.
    p/s : Semua makanan dan supplemen ini tidak akan menjadi jika anda tidak mengamalkan konsep 'demand & supply'.. Nak tahu bagaimana anda boleh berjaya dalam penyusuan susu ibu sepenuhnya? Boleh klik sini.

    Berminat? Hubungi :
    Huda Idris ( 887098 )
    0176863606
    hudaidris8385@gmail.com

    TIPS UNTUK PENYUSUAN EKSLUSIF

    PENYUSUAN EKSLUSIF BERSAMA SHAKLEE

    Zaman moden skang, dah ramai ibu yang menyedari KEBAIKAN & KEPENTINGAN untuk menjayakan PENYUSUAN EKSLUSIF. Bagi ibu ibu yang bekerja, sanggup amik cuti tanpa gaji dan ada juga yang sanggup untuk berhenti kerja terus semata mata untuk memberikan SUSU TERBAIK untuk anugerah Allah ini.

    Untuk menjayakan penyusuan susu ibu secara ekslusif memang memerlukan komitman dan pengorbanan dari si ibu. Di sini saya sertakan beberapa tips untuk membantu ibu2 dalam memastikan impian anda untuk penyusuan susu ibu sepenuhnya tercapai :


    • Niat - Niat bagi si bu untuk menyusukan anaknya dengan susu ibu sepenuhnya sehingga 2 tahun sangat penting. Ini kerana, niat mampu untuk mempengaruhi emosi dan kesungguhan si ibu. Disamping itu, ibu boleh juga mengamalkan doa

    Lagi satu, amalkanlah berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum. Yakinlah.



    • Kerapkan menyusu atau mengepam. : Susukan bayi anda sekuran-kurangnya setiap 3 jam pada setiap hari. Kalau bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan. Pada waktu malam, kejutkan bayi untuk menyusu lebih2 lagi kalau bayi tidur lebih daripada 4-5 jam. Kalau bayi menolak untuk menyusu, perah atau pam setiap 3 jam. Kena faham dan percaya kepada konsep "demand & supply". Semakin kerap payudara dikosongkan, semakin banyak susu dihasilkan. Semakin banyak permintaan susu, semakin banyak bekalan susu terhasil. Elok kiranya kalau kerap mengepam selepas jam 12 tengah malam sehingga 6 pagi sebab hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini. 

    • Minum banyak air Pastikan anda minum air yang banyak sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Kalau mampu, minum 3 liter air atau lebih. Kita kena faham bahawa air adalah komponen penting dalam penghasilan susu ibu sebab dalam susu ibu terkandung lemak dan juga air. Kalau ibu sendiri kekurangan air, macam mana nak bagi bekalan susu untuk anak? Betul tak?

    • Berdisiplin  Disiplin sangat penting dalam penjadualan pemerahan atau penyusuan terus. Sebab tu, jangan skip sesi pemerahan lebih-lebih lagi di hujung minggu. Kena berdisiplin. Masa hujung minggu  la sepatutnya kita mengumpul stok susu. Lebih elok kalau buat jadual sendiri. Maka dengan ini, kita boleh lihat sejauh mana inisiatif kita dalam menjayakan penyusuan susu ibu ni.

    • Jangan tunggu payudara penuh: Sesetengan ibu suka memenuhkan payudaranya sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Konsep ini adalah sangat-sangat SALAH.  Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan penyusuan lain adalah singkat. Maksudnya, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi pada waktu kita beranggapan payudara telah "kosong", bayi anda sebenarnya akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan. Sebab itulah, penyusuan yang kerap sangat digalakkan. Kalau boleh, 2@3 jam sekali!

    • Berfikiran positif : Ketika menyusu, belailah bayi anda. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Secara tidak langsung, anda sebenarnya merangsang penghasilan susu. Sekiranya anda bekerja, bayangkan bayi anda sedang menyusu di payudara anda ketika anda mengepam. Kalau boleh, masa mengepam, lihatlah gambar anak sambil berselawat dan berzikir Ya Mattin. Sentiasa tenang dan berfikiran bahawa susu sentiasa ada juga akan menyebabkan penghasilan susu terhasil dengan banyak. 

    • Teknik Marmet :  Amalkan teknik mamet sebab sebenarnya dengan teknik marmet, penghasilan susu adalah banyak. Dengan menggunakan pam, hanya 60%-70% susu boleh dikumpulkan, tetapi dengan menggunakan kaedah marmet selepas menggunakan pam ini, pengumpulan susu dapat dioptimumkan sehingga 100%.  Sebab tu, stiap kali lepas pump saya akan lakukan marmet untuk memastikan payudara sudah kosong sepenuhnya.

    • Tandem Nursing/Pumping : Menyusukan dan memerah serentak adalah satu lagi kaedah yang bagus. Jadi, cubalatih diri untuk menyusu dan perah susu serentak menggunakan pam payudara elektrik. Sambil anak dapat menyusu, kita pun dapat mengumpul stok. Sambil menyelam, minum air! Jika membuat Power Pumping menggunakan single pump, boleh lakukan setiap belah 10min selama sejam bertukar tukar. Jika menggunakan double pump, bole dilakukan seperti 10min pump dan 10min rehat selama sejam.

    • Penyusuan / Pengepaman lebih lama  Kalau boleh, jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi ataupun ketika mengepam. Biarkan bayi menyusu sebelah bahagian sehinnga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian yang lain. Susu mempunyai 2 kandungann yang berbeza. Foremilk adalah susu yang mula-mula keluar sewaktu menyusu dan sekdar memenuhkan perutnya ataupun menghilangkan dahaga bayi semata-mata. Hindmilk pula adalah susu yang mempunyai kandungan lemak tinggi untuk tumbesaran yang terdapat pada susu di akhir-akhir penyusuan. Jika anda mengepam, ambil masa sehinggan 15-20 minit untuk sebelah payudara. 

    •  Penyusuan di waktu malam Amalkan menyusukan bayi di waktu malam sebab ianya akan merangsang hormon prolaktin yang menghasilkan susu. Pada waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu dengan lebih lama dan kerap. Kadang-kadang mungkin sampai anda berdua tertidur!

    • Urutan Teknik urutan payudara yang betul juga akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu. Kalau nak belajar teknik mengurut, boleh la belajar menerusi www.breastfeeding.com. Macam saya, setiap kali pegi mengurut badan saya akan meminta untuk urutan payudara sekali.

    • Amalkan supplemen tambahan:  Ini adalah tips terakhir untuk menjayakan penyusuan ibu. Kenapa saya katakan terakhir? Sebabnya, kalau kesemua tips yang disebutkan di atas tidak dilakukan, maka, makanlah segala macam supplemen sekalipun, penyusuan ibu takkan berjaya. Supplemen tambahan ni adalah untuk mencukupkan semua nutrisi yang diperlukan oleh ibu yang menyusukan. Jadi jangan salah faham ye. Tak ikut konsep "demand & supply", susu takkan banyak. Tak minum air banyak, susu juga takkan banyak. Jadi, jangan komplen kalau dah ambil supplemen tapi susu tetap tak banyak.. Supplemen hanya membantu ibu menjayakan pross penyusuan BUKAN MEMBANYAKKAN SUSU IBU YE!.. hihi..

    Kat sini saya sertakan supplemen yang saya sendiri amalkan dan Alhamdulillah anak saya berumur 1 tahun 10 bulan berjaya dengan susu ibu sepenuhnya. Set 3M Shaklee.

    Set 3M Shaklee ( Exclusive Breastfeeding )

    1) Vitalea :

    Penting kepada anda dan bayi kerana ia mempunyai nutrisi lengkap bagi memastikan kesihatan yang baik secara menyeluruh.

    2) B COMPLEX :

    Untuk memastikan perkembangan saraf yang sempurna untuk bayi anda serta memastikan kesihatan yang baik kepada anda dan bayi. Di samping itu, ia turut membantu anda dari stress dan kepenatan berlebihan.

    3) VITAMIN C :

    Untuk mengoptimumkan sistem imunisasi anda dan bayi, di samping membantu dalam penghasilan kolagen. Dan juga sangat bagus untuk kecantikan kulit bayi dan anda.

    4) ALFALFA COMPLEX : 

    Meningkatkan penghasilan susu dan sgt terkenal sebagai MILK BOOSTER. Selain itu, ia mampu membuang toksin dlm badan melalui proses detoks. Merawat keputihan dan dpt membantu ibu SELEPAS BERSALIN MENURUNKAN BERAT BADAN.

    5) OSTEMATRIX aka KALSIUM

    Sangat ppenting untuk kesihatan gigi dan tulang anda serta bayi. Dan ia juga dapat membantu mengurangkan
    sakit2 badan dan membantu pelawasan anda.

    6) ESP :

    Mengandungi isoflavone yang bertindak seperti hormon estrogen dalam membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia turut membantu wajah anda lebih lembap dan gebu serta menganjalkan kulit dan payudara. Ia juga sebagai sumber protein kepada anda dan bayi.


    Hubungi saya untuk dapatkkan konsultasi serta produk :
    Huda Idris ( 887098 )
    0176863606
    hudaidris8385@gmail.com

    ATAU 

    Klik ORDER untuk dapatkan produk terus dari website Shaklee. Selamat Bershopping.. :)