URI TERTINGGAL DALAM RAHIM?
Woo.. Sape2 yang penah alami kes ni kompem seriau bila ingat pengalaman ni kan??
Ha, ni la pengalaman saya semasa bersalin di hospital.
Walaupun hampir 2 tahun berlalu, pengalaman ni memang saya takkan lupakan.Alkisahnya :
1 September 2012
Arini saya dengan hasben memang berjalan sakan sebabnye nak cukupkan barang baby yang takde lagi terutama stroller. So kitorg berjalan dari 1 mall ke 1 mall. Dan mall yang terakhir adalah Midvalley.. Dengan perut yang sangat sarat, saya berjalan tanpa henti dari pagi sampai tengah malam! Masa tu dah 38 minggu kot!!! hihi..kuat lagi bejalan walaupun dah tak larat nak bawak.
2 September 2012
Lebih kurang 1 pagi, pinggang yang sangatttttttttt lenguh. Tak tau nak ckp lenguh camne. Puas hasben tolong urut tapi tetap tak hilang malah bertambah teruk. Sebab dah tak tahan sangat, saya terus call mak. Bila dah dengar camtu, mak saya terus suh balik umah Putrajaya dan siap2 gi hospital.. Hospital????? tetibe rasa ketaq gile. huhu. "Aku dah nak bersalin ke?" Epi tambah takut.. Dalam 3@4 pagi sampai kat hospital ditemani hasben dan my mom.. Bila masuk je kat bilik, doktor cek baru 2cm bukaannya. So, saya disuruh balik dulu sebab baru 2cm.
Jadi sepanjang hari tu, duduk kat umah macam bese dan takde rasa sakit langsung. siap bole makan macam macam lagi.. Al maklumlah, masih mood raya.. :)
3 September 2012
Tak ingat lak pukul bape masa ni, dalam 1@2 pagi jugakla.. Tengah tidur tetibe rasa baju basah. Dengan perasaan risau, terus kejut hasben. Agaknya hasben pun panik kot, die pun tak tau nak buatpe... hihi.. So, saya pun ape lagi. Pagi pagi buta gi ketuk bilik mak. Bila cakap je baju basah, mak suh terus tukar baju tu dan bersiap pegi hospital. Sampai kat hospital, bukaan tetap 2cm TAPI disebabkan air ketuban dah pecah saya di tahan wad..
Masa ni lak seksanya bila bukaan sikit TAPI ketuban dah pecah. Setiap 4 jam doktor datang untuk cek bukaan... Sakit ok! Bila da selalu cek tapi bukaan tetap sama, so doktor amik inisiatif untuk tolong bukak laluan. Masa ni, Allah je tau cmne perasaannya. Sakit tak tau nak cakap camne.. Benda yang sama berulang sampai ke malam. Korang bole bayangkan tak sakit tu camne bila selali diseluk??? Nasib baik doktor perempuan.. hihi.
Last doktor tolong bukak laluan dalam pukul 10 malam rasanya.. Lepas tu, saya tido macam bese.. hehe
4 September 2012
Tak ingat lak dalam pukul bape, saya tetibe tejaga sebab perut sakit sangat. So, saya pun bangun pegi cari nurse sebab da rasa sakit sangat. Saya pun di bawa ke 1 bilik untuk cek lagi!!! Dan alhamdulillah, bukaan dah terbuka sebanyak 4cm. Doktor dah suruh nurse tolak saya ke labour room dan sambil tu sempat pesan untuk call hasben ( hasbenla peneman setia selama saya beberapa jam dalam labour room tu. Peneman setia..hehe )..So, bermulala episod kat dalam labour room. Mula mula sampai tu rasa nak membuang tapi nurse tak bagi. Die cakap memang camtu rasanya bila nak bersalin. Manala kita tau kan, ingatkan nak membuang. hehe. Lepas saya dah terbaring kat katil, masa tu memang terasa sakit sampai nurse tu bagi sedut 1 gas menyebabkan saya jadi separa sedar. Benonye saya pun xbape pasti ape yang jadi dalam labour room tu sebab saya dalam keadaan separa sedar. Dalam sedar tak sedar tu, saya terdengar bila ada nurse tu cakap dah bukak 10cm. da bole deliver.. :)
Masa tu saya memang tak reti push.. hehe. Sampai 2 orang nurse tolong tolak baby supaya kuar sebab takut baby lemas. Alhamdulillah, tepat kul 5.15 pagi anak saya kuar dengan selamat. Lepas dah cium baby, anak saya di bawa keluar untuk dibersihkan dan diazankan..
Masa ni la pengalam bersalin yang ngeri saya alami.. Ape die? Ha, lepas sume da setel ada sorang nurse ni datang cek keadaan saya dan die duduk kat ctu sambil 'melakukan sesuatu'.. saya pun tak pasti kenapa dan apa yang dibuat. Pada masa tu, ada sorang lagi nurse masuk ke labour room tu dan baru saya tau hal sebenar bila dengar dorang bersembang.. Rupe2nye ada tertinggal sikit uri saya kat dalam! Ya Allah, masa tu memang nak nangis je rasanya..
Camne nurse tu kuarkan uri yang tertinggal tu? Tau tak cmne orang korek ayam untuk buang isi dalam die? Ha, camtula saya kene.. Sangat sakit sampai saya menangis.. huhu.. Lepas nurse da setelkan sume baru doktor datang untuk jahit luka.. Tau tak kul bape masa tu? Kul 7 lebih PAGI.. maksudnye dekat dua jam baru luka potong saya tu dijahit.. Dahla sebelum jahit saya dibuat bahan eksperimen. Doktor tu ajo dulu doktor pelatih camne nak jahit! Tak tau ke ake tengah kesahitan???
Nak je menjerit masa tu tapi da takde tenaga langsung..
Walau ape pun yang terjadi, saya tetap bersyukur kerana dapat melahirkan anak yang sihat tubuh badan dan sempurna. Sekarang anak saya dah berumur 1 tahun 10 bulan pun... Die lah segala galanya bagi saya..
IBU SAYANGGGGG HAZIQ.. :)
**walaupun pengalaman yang menyakitkan, saya tak serik untuk ada anak kedua.. Meramaikan umat Islam.. Semoga anak anak kami adalah penyelamat kami di SANA..InshaAllah..
**saja mengimbau kenangan dolu2.. teringin nak rasa perasaan gembira bila mengandung, bersalin, berpantang, tak tidur malam lagi.... rinduuuuuuu sangat masa tu.. kenangan yang takkan dilupa. Setiap anak pembawa rezeki, dan setiap anak mempunyai pengalaman berbeza..
No comments:
Post a Comment