Wednesday, July 9, 2014

KEKAL BERTENAGA SEPANJANG PUASA

Tips KEKAL CERGAS dan BERTENAGA SEPANJANG PUASA

Jangan tinggal sahur
Amalan bersahur amat dituntut kerana terdapat keberkatannya serta faedah.Anda disarankan mengambil sajian yang mengandungi protein dan karbohidrat serta lambat dihadam kerana ia boleh membuatkan anda berasa kenyang untuk tempoh yang lama serta menghalang keletihan akibat penurunan kadar gula dalam darah. Oleh sebab itu, saya mengamalkan ESP ( boleh klik untuk ketahui pelbagai resepi ESP ) sebelum bersahur kerana ia mempunyai kandungan protein yang tinggi dan dapat membantu untuk rasa kenyang yang berpanjangan. 


Selain itu, saya turut mengamalkan pemakanan sunnah iaitu kurma.

                  "Sebaik-baik sahurnya seorang mukmin adalah dengan kurma."                                              (HR Abu Daud, Ibnu Hibban dan Al-Baihaqi. Sanad hadith ini sahih.)

Untuk pengetahuan anda, kurma mempunyai peratusan potassium sebanyak 16% Potassium yang memberi banyak impak kesihatan kepada kita. Apa manfaat potassium? Potassium akan menurunkan paras sodium (Na) dalam darah. Sodium merupakan garam dalam badan yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan meningkatkan keperluan hidrasi (terasa dahaga dan ingin banyak minum air). Jadi dengan berkurangnya paras sodium kerana pengambilan potassium, tekanan darah boleh berkurang dan kita boleh menjadi kurang dahaga. Selain itu, saya turut mengamalkan PERFORMANCE DRINK selepas sahur kerana Performance Drink dapat membantu kita dari terhidrasi di siang hari supaya kita tidak terasa letih dan tidak bermaya serta kurang dahaga

Elak daripada memakan makanan berlemak, bergoreng atau makanan segera kerana ia bukan sahaja tidak membuatkan badan anda cergas, malah anda juga akan cepat lapar. Pastikan pemilihan makanan untuk bersahur seimbang agar tidak mendatangkan masalah kesihatan di kemudian hari. Anda juga boleh mengambil vitamin semasa bersahur untuk membekalkan nutrien yang diperlukan oleh badan semasa berpuasa. 


Lakukan aktiviti fizikal
Walaupun berpuasa, anda tidak seharusnya menghentikan aktiviti fizikal kerana ia mampu meningkatkan kadar metabolisma badan anda serta membuatkan badan anda lebih segar. Tetapi, kita xperlukan senaman yang berat. Sekadar berjalan jalan di kawasan taman pun dah cukup. Macam saya, kerja yang memerlukan turun naik tangga dan berjalan yang banyak sudah cukup sebagai senaman ringan di bulan puasa.


Banyakkan minum air kosong 
Selepas berpuasa seharian, pastikan anda minum air kosong atau air zam-zam dalam kuantiti yang banyak dan mencukupi pada waktu malam sehinggalah waktu sahur ( minum secara berperingkat ). Ini kerana kandungan air yang mencukupi akan memberi kesegaran pada tubuh badan dan mengelak dihidrasi. Anda juga boleh minum jus buah-buahan tanpa gula kerana walaupun ianya manis secara semulajadi, kandungan fiber dan vitamin yang terkandung memberi manfaat kepada tubuh kita. Elakkan pengambilan minuman berkafein, air berkarbonat atau air manis kerana jenis minuman ini akan menyebabkan anda lebih kerap membuang air dan mempercepatkan kehilangan cecair dalam badan. 

Berbuka puasa dengan cara sihat
Tahukah anda kurma sebenarnya adalah makanan terbaik dalam memberi tenaga dan kecergasan tubuh badan dengan cepat? Ini kerana ia mengandungi 50 peratus fruktosa dan glukosa yang mudah dicerna serta berkalori tinggi. 

Oleh itu anda amat digalakkan berbuka puasa dengan kurma terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan sajian ringan bagi mengelakkan sistem pencernaan terjejas. Selesai solat Maghrib, barulah makan makanan berat tetapi jangan berlebihan. Jangan ikutkan nafsu lapar dan membazir selepas itu.

Ini kerana ia akan menambahkan berat badan anda, malah tekanan darah, gula dan kolestrol juga tidak berkurangan. Selain daripada itu, ambil makanan cepat hadam seperti bubur, jus buah atau sup kerana badan anda memerlukan sumber tenaga baru yang diperlukan oleh tisu dan sel dalam tubuh bagi menggantikan tenaga yang kehabisan. Kurangkan makanan bergoreng atau berlemak yang boleh menyebabkan ketidakhadaman. 


Selain itu, saya wajib minum PERFORMANCE DRINK selepas berbuka supaya saya lebih bertenaga selepas berbuka seharian supaya dapat mengekalkan kandungan bendalir di dalam badan.

Shaklee juga menyediakan SET MIGHTY 3 GEMS sebagai minuman PEMBEKAL TENAGA kepada anda.



Fungsi :

Energizing Soy Protein ( ESP )

Membantu untuk kekal bertenaga sepanjang hari kerana protein yg tinggi dari ESP membantu mengurangkan rasa lapar lebih lama. Di sebabkan  makanan yang mempunyai protein yang tinggi mengalami kadar pencernaan dan penyerapan lebih lama berbanding makanan berkarbohidrat tinggi.

Performance Drink

Mengelakkan terhidrasi, dalam masa yang sama mengawal paras cecair di dalam badan sepanjang berpuasa. Selepas berbuka pula, PD membantu untuk menambah semula tenaga. Disamping PD memberikan rasa oren yang segar tanpa perasa tambahan, pemanis dan pengawet.

Meal Shakes Shaklee

Multivitamin dan multimineral yang dilengkapi dengan protein, kalsium dan fiber. Sesuai bagi anda yang mengalami masalah untuk menelan sebarang ubat/supplemen berbentuk pil dan kapsul. Fiber membantu sistem penghadaman berfungsi dengan baik serta membuatkan anda berasa kurang lapar untuk jangka masa yang lama.


ESP + PERFORMANCE DRINK + MEAL SHAKES = MABELESSSSSS

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan :
Huda Idris
0176863606
hudaidris8385@gmail.com

atau boleh klik di link ini untuk dapatkan terus produk Shaklee :


p/s : kanak2 pun bole minum ye. Digalakkan untuk beri Meal Shakes kepada anak anda sebagai cara untuk membantu mereka bertenaga untuk berpuasa.


No comments:

Post a Comment