PENYUSUAN EKSLUSIF BERSAMA SHAKLEE
Zaman moden skang, dah ramai ibu yang menyedari KEBAIKAN & KEPENTINGAN untuk menjayakan PENYUSUAN EKSLUSIF. Bagi ibu ibu yang bekerja, sanggup amik cuti tanpa gaji dan ada juga yang sanggup untuk berhenti kerja terus semata mata untuk memberikan SUSU TERBAIK untuk anugerah Allah ini.Untuk menjayakan penyusuan susu ibu secara ekslusif memang memerlukan komitman dan pengorbanan dari si ibu. Di sini saya sertakan beberapa tips untuk membantu ibu2 dalam memastikan impian anda untuk penyusuan susu ibu sepenuhnya tercapai :
- Niat - Niat bagi si bu untuk menyusukan anaknya dengan susu ibu sepenuhnya sehingga 2 tahun sangat penting. Ini kerana, niat mampu untuk mempengaruhi emosi dan kesungguhan si ibu. Disamping itu, ibu boleh juga mengamalkan doa
Lagi satu, amalkanlah berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum. Yakinlah.
- Kerapkan menyusu atau mengepam. : Susukan bayi anda sekuran-kurangnya setiap 3 jam pada setiap hari. Kalau bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan. Pada waktu malam, kejutkan bayi untuk menyusu lebih2 lagi kalau bayi tidur lebih daripada 4-5 jam. Kalau bayi menolak untuk menyusu, perah atau pam setiap 3 jam. Kena faham dan percaya kepada konsep "demand & supply". Semakin kerap payudara dikosongkan, semakin banyak susu dihasilkan. Semakin banyak permintaan susu, semakin banyak bekalan susu terhasil. Elok kiranya kalau kerap mengepam selepas jam 12 tengah malam sehingga 6 pagi sebab hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini.
- Minum banyak air : Pastikan anda minum air yang banyak sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Kalau mampu, minum 3 liter air atau lebih. Kita kena faham bahawa air adalah komponen penting dalam penghasilan susu ibu sebab dalam susu ibu terkandung lemak dan juga air. Kalau ibu sendiri kekurangan air, macam mana nak bagi bekalan susu untuk anak? Betul tak?
- Berdisiplin : Disiplin sangat penting dalam penjadualan pemerahan atau penyusuan terus. Sebab tu, jangan skip sesi pemerahan lebih-lebih lagi di hujung minggu. Kena berdisiplin. Masa hujung minggu la sepatutnya kita mengumpul stok susu. Lebih elok kalau buat jadual sendiri. Maka dengan ini, kita boleh lihat sejauh mana inisiatif kita dalam menjayakan penyusuan susu ibu ni.
- Jangan tunggu payudara penuh: Sesetengan ibu suka memenuhkan payudaranya sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Konsep ini adalah sangat-sangat SALAH. Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan penyusuan lain adalah singkat. Maksudnya, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi pada waktu kita beranggapan payudara telah "kosong", bayi anda sebenarnya akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan. Sebab itulah, penyusuan yang kerap sangat digalakkan. Kalau boleh, 2@3 jam sekali!
- Berfikiran positif : Ketika menyusu, belailah bayi anda. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Secara tidak langsung, anda sebenarnya merangsang penghasilan susu. Sekiranya anda bekerja, bayangkan bayi anda sedang menyusu di payudara anda ketika anda mengepam. Kalau boleh, masa mengepam, lihatlah gambar anak sambil berselawat dan berzikir Ya Mattin. Sentiasa tenang dan berfikiran bahawa susu sentiasa ada juga akan menyebabkan penghasilan susu terhasil dengan banyak.
- Teknik Marmet : Amalkan teknik mamet sebab sebenarnya dengan teknik marmet, penghasilan susu adalah banyak. Dengan menggunakan pam, hanya 60%-70% susu boleh dikumpulkan, tetapi dengan menggunakan kaedah marmet selepas menggunakan pam ini, pengumpulan susu dapat dioptimumkan sehingga 100%. Sebab tu, stiap kali lepas pump saya akan lakukan marmet untuk memastikan payudara sudah kosong sepenuhnya.
- Tandem Nursing/Pumping : Menyusukan dan memerah serentak adalah satu lagi kaedah yang bagus. Jadi, cubalatih diri untuk menyusu dan perah susu serentak menggunakan pam payudara elektrik. Sambil anak dapat menyusu, kita pun dapat mengumpul stok. Sambil menyelam, minum air! Jika membuat Power Pumping menggunakan single pump, boleh lakukan setiap belah 10min selama sejam bertukar tukar. Jika menggunakan double pump, bole dilakukan seperti 10min pump dan 10min rehat selama sejam.
- Penyusuan / Pengepaman lebih lama : Kalau boleh, jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi ataupun ketika mengepam. Biarkan bayi menyusu sebelah bahagian sehinnga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian yang lain. Susu mempunyai 2 kandungann yang berbeza. Foremilk adalah susu yang mula-mula keluar sewaktu menyusu dan sekdar memenuhkan perutnya ataupun menghilangkan dahaga bayi semata-mata. Hindmilk pula adalah susu yang mempunyai kandungan lemak tinggi untuk tumbesaran yang terdapat pada susu di akhir-akhir penyusuan. Jika anda mengepam, ambil masa sehinggan 15-20 minit untuk sebelah payudara.
- Penyusuan di waktu malam: Amalkan menyusukan bayi di waktu malam sebab ianya akan merangsang hormon prolaktin yang menghasilkan susu. Pada waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu dengan lebih lama dan kerap. Kadang-kadang mungkin sampai anda berdua tertidur!
- Urutan: Teknik urutan payudara yang betul juga akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu. Kalau nak belajar teknik mengurut, boleh la belajar menerusi www.breastfeeding.com. Macam saya, setiap kali pegi mengurut badan saya akan meminta untuk urutan payudara sekali.
- Amalkan supplemen tambahan: Ini adalah tips terakhir untuk menjayakan penyusuan ibu. Kenapa saya katakan terakhir? Sebabnya, kalau kesemua tips yang disebutkan di atas tidak dilakukan, maka, makanlah segala macam supplemen sekalipun, penyusuan ibu takkan berjaya. Supplemen tambahan ni adalah untuk mencukupkan semua nutrisi yang diperlukan oleh ibu yang menyusukan. Jadi jangan salah faham ye. Tak ikut konsep "demand & supply", susu takkan banyak. Tak minum air banyak, susu juga takkan banyak. Jadi, jangan komplen kalau dah ambil supplemen tapi susu tetap tak banyak.. Supplemen hanya membantu ibu menjayakan pross penyusuan BUKAN MEMBANYAKKAN SUSU IBU YE!.. hihi..
Kat sini saya sertakan supplemen yang saya sendiri amalkan dan Alhamdulillah anak saya berumur 1 tahun 10 bulan berjaya dengan susu ibu sepenuhnya. Set 3M Shaklee.
Set 3M Shaklee ( Exclusive Breastfeeding ) |
1) Vitalea :
Penting kepada anda dan bayi kerana ia mempunyai nutrisi lengkap bagi memastikan kesihatan yang baik secara menyeluruh.2) B COMPLEX :
Untuk memastikan perkembangan saraf yang sempurna untuk bayi anda serta memastikan kesihatan yang baik kepada anda dan bayi. Di samping itu, ia turut membantu anda dari stress dan kepenatan berlebihan.3) VITAMIN C :
Untuk mengoptimumkan sistem imunisasi anda dan bayi, di samping membantu dalam penghasilan kolagen. Dan juga sangat bagus untuk kecantikan kulit bayi dan anda.4) ALFALFA COMPLEX :
Meningkatkan penghasilan susu dan sgt terkenal sebagai MILK BOOSTER. Selain itu, ia mampu membuang toksin dlm badan melalui proses detoks. Merawat keputihan dan dpt membantu ibu SELEPAS BERSALIN MENURUNKAN BERAT BADAN.5) OSTEMATRIX aka KALSIUM
Sangat ppenting untuk kesihatan gigi dan tulang anda serta bayi. Dan ia juga dapat membantu mengurangkansakit2 badan dan membantu pelawasan anda.
6) ESP :
Mengandungi isoflavone yang bertindak seperti hormon estrogen dalam membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia turut membantu wajah anda lebih lembap dan gebu serta menganjalkan kulit dan payudara. Ia juga sebagai sumber protein kepada anda dan bayi.
Hubungi saya untuk dapatkkan konsultasi serta produk :
Huda Idris ( 887098 )
0176863606
hudaidris8385@gmail.com
ATAU
Klik ORDER untuk dapatkan produk terus dari website Shaklee. Selamat Bershopping.. :)
No comments:
Post a Comment