Kenapa PERLU berbuka dengan KURMA?
Di sini terdapat beberapa kelebihan jika kita berbuka dengan
kurma :
- Gula Ringkas: Ia mengandungi fructosa dan dekstrosa (glukosa atau gula ringkas) yang membekalkan tenaga yang cepat. Memang sesuai semasa berbuka.
- Serat atau fiber: Kurma bukan sahaja memberikan tenaga cepat melalui gula ringkas, malah fiber/serat sesuai untuk penghadaman dan memberikan tenaga yang berpanjangan. Fiber memang sesuai untuk memperlahankan penghadaman dan tidaklah memberi kejutan kepada perut yang kosong. Juga sebagai “alas perut” sebelum memakan makanan yang lebih berat.
- Rendah Sodium: Ini penting pada waktu di mana kita kekurangan air. Makanan yang tinggi sodium (garam) mempercepatkan dehydration.
- Tinggi Potassium: Potassium penting dalam menyeimbangkan bendalir badan, termasuklah kawalan denyutan jantung dan tekanan darah.
- Antioxida: Kurma kaya dengan antioxida seperti beta-carotene, lutein and zeaxanthin. Mungkin bukan faktor penting apabila berpuasa tetapi tetap ada kebaikan untuk sistem imunisasi badan.
- Lain-lain: Kurma juga kaya dengan protein, vitamin B1, B2, B3 and B5, A dan C. Selain itu juga mengandungi kalsium, manganese, copper, besi (iron) dan magnesium.
|
Amalkan pemakanan sunnah semasa berbuka
Selain itu, kurma juga dapat mengawal kita dari kejutan syaitan dan sihir tau!
“Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’, dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu“. Sabda Rasulullah SAW
|
No comments:
Post a Comment